Wednesday, 9 July 2014

PUSAT 3S BAHARU MAZDA DI KOTA KINABALU





















Maxspeed Automart Sdn. Bhd, pengedar Mazda di Malaysia Timur, telah membuka cawangan ketiga Pusat 3S baharu di Kota Kinabalu, Sabah. Pelancaran Pusat Maxspeed 3S baharu ini telah dirasmikan oleh Datuk Ir Edward Young Oui Fah, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Philip Lau, Pengarah Urusan Maxspeed Automart Sdn Bhd, berkata, “Syarikat akan memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Untuk memenuhi jangkaan dari pelanggan, kami mestilah sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di dalam usaha memberikan yang terbaik.”

Pusat Maxspeed 3S yang dibina di atas tanah seluas 18,000 kaki persegi, menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti. Pusat ini juga mempunyai bilik pameran  untuk rangkaian model kereta Mazda dan ruang servis kenderaan.


Pusat servis baharu ini terletak di Pekan Donggongon, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah, berhampiran bulatan Sigah Donggongon. Pelanggan juga boleh menghubungi talian 088-729696 (jualan); 088-728585 (servis) untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...