Thursday, 17 July 2014

HONDA JAZZ 2014 DILANCARKAN DI MALAYSIA







Honda Jazz 2014 baharu, sebuah model yang ditunggu-tunggu, akhirnya dilancarkan di Malaysia.  Ia ditawarkan dalam tiga varian iaitu S, E dan V. Tempahan untuk model ini telahpun dibuka awal bulan ini.










Model Jazz baharu ini mempunyai perbezaan dari segi ukuran badan berbanding model terdahulu, panjangnya berukuran lebih 55mm (3,955mm keseluruhan), lebar kekal (1,695mm) dan juga tinggi (1,525mm). Manakala Wheelbase  memiliki ukuran lebih 30mm, menjadi 2,530mm (70mm kurang dari Honda City). Dengan ukuran badan yang telah bertambah ianya memberikan ruang yang lebih besar untuk tempat duduk ‘Ultra Seats’ dimana ianya juga kini boleh dilipat dalam empat mode piliha iaitu:  Utility, Long, Tall dan Refresh - dimana kedua-dua tempat duduk hadapan juga boleh dilipat rata untuk menjadikannya tempat berehat yang lebih selesa seperti di atas katil.

Semua varian Honda Jazz model baharu ini menggunakan enjin petrol 1.5 liter SOHC i-VTEC sepertimana yang digunakan oleh Honda City, dengan kotak gear automatik ‘Earth Dreams’ CVT 120 PS kuasa kuda dan 146 Nm tork. Penggunaan petrol ialah 17.81 km/1 liter.


Rim aloi 15 inci digunakan bagi varian S dan E, sementara varian V menggunakan rim aloi 16 inci yang lebih sporty.

Model Jazz untuk pasaran Malaysia tidak dilengkapi dengan mod ECON, kawalan kelajuan, pedal penukar gear (paddle shifters), kamera undur dan navigasi. Semua ciri-ciri ini adalah di dalam pakej pilihan pelanggan berharga RM3,220).

Ciri-ciri bagi setiap varian Honda Jazz 2014;

Varian  S
· Beg udara keselamatan (pemandu dan penumpang hadapan)
· ABS, EBD, BA
· Paparan multi-info Amber
· Lampu hadapan jenis Halogen
· Lampu belakang jenis LED
· Audio Single-DIN dan empat speaker

Varian E (+ ciri-ciri varian S di atas)
· Auto Start/Stop engine
· Bantuan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Assist, VSA)
·  Signal untuk Berhenti Kecemasan (Emergency Stop Signal)
· Bantuan permulaan pendakian bukit
· Butang kawalan audio di Stereng
· Sistem audio Standard
· Cermin sisi boleh laras berkuasa elektrik
· Gril depan warna hitam metalik dengan crome

Varian V (+ ciri-ciri varian S dan E di atas)
· Enam Beg udara keselamatan
· Lampu signal pada cermin sisi
· Cermin sisi kuasa elektrik boleh lipat
·  Tombol gear dan stereng dibalut kulit
· Paparan skrin bersaiz 7-inci bagi sistem audio
· Aircon automatik dengan panel kawalan sentuh
· Voice and Hands-Free steering switch controls)
·  Soket USB dan HDMI

Pembeli juga ditawarkan dengan pakej pilihan;
Pakej Mugen : kit badan + spoiler belakang + logo Mugen = RM4,900
Pakej Modulo : kit badan + pedal sports = RM2,650
Pakej Utiliti : lampu kaki + pelapik kargo + trunk organiser + panel pemijak iluminasi = RM1,250 

Didatangkan di dalam lima pilihan warna iaitu, Putih, Perak , Biru, Hitam dan Kelabu serta lima tahun jaminan tanpa had perbatuan.

Harga bagi Semenanjung Malaysia (harga atas jalan termasuk insurans) adalah seperti berikut;
·        Honda Jazz S: RM 72,800
·        Honda Jazz E: RM 79,800
·        Honda Jazz V: RM 87,800
























































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...