Monday, 7 July 2014

PROTON SAGA EKSEKUTIF FLX YANG DIPERTINGKATKAN

Saga Executive 1.3 baru dengan bodykit






















Proton secara rasmi telah mengumumkan varian Proton Saga Eksekutif FLX yang dipertingkatkan, bersama-sama dengan Persona Eksekutif. Model Saga Eksekutif 1.3 adalah model yang mempunyai ciri-ciri keselamatan dan aksesori yang lebih tinggi berbanding Saga SV 1.3. Berdasarkan kepada harga, ciri-ciri keselamatan dan aksesori, kedudukannya terletak di antara varian Saga SV 1.3 dan Saga SE 1.6.

Antara penambahbaikan termasuk "kit badan edisi khas" (bodykit SE warna kelabu), panel konsol dengan trim berwarna hitam satin, corong penghawa dingin, dan pemegang lampu kabus depan berwarna kelabu metalik. Turut mengalami perubahan adalah lampu belakang, kini berwarna gelap dan tempat duduk dengan balutan kulit. Pemain audio juga kini mempunyai fungsi Bluetooth.

Proton Saga Eksekutif dan Persona Eksekutif baharu kini dibuka untuk tempahan di seluruh negara. Di Sabah dan Sarawak unit pameran hanya boleh dilihat bermula 17 Julai. Boleh didapati di dalam enam pilihan warna iaitu  hitam, merah, perak, biru tua, putih dan elegant brown.

Berharga RM41, 924 untuk manual dan RM44, 524 untuk CVT, Saga Eksekutif 1.3 liter, didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 60,000 km dan tiga tahun servis percuma.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...