Sunday, 6 July 2014

KIA PERKENAL CERATO KX - RM89,888.00











Naza Kia baru-baru ini telah memperkenalkan Kia Cerato 1.6 KX lebih murah berbanding dengan varian terdahulu iaitu Cerato 1.6 K3. Dengan harga RM89,888 (termasuk insurans), ianya telah berkurangan lebih RM10,000 berbanding 1.6 K3, tetapi dengan penurunan harga ini pastinya aksesori dan ciri-ciri keselamatan yang terdapat di dalam varian KX ini juga telah dikurangkan.

Bahagian luaran KX tidak mengalami perubahan ketara, hanya perubahan pada jalur kemasan krom di tingkap pintu dan lampu belakang LED. Lampu belakang kini menggunakan  mentol konvensional.


Manakala di bahagian dalam, kawalan automatik penghawa dingin dwi-zon telah digantikan dengan kawalan single unit. Kawalan pelarasan lampu depan automatik telah digantikan dengan kawalan manual. Dalam varian KX ini tiada lagi padel aluminium, pelarasan kerusi kuasa elektrik dengan memori, paddle shifts, stereng berbalut kulit, auto-dimming untuk cermin pandang belakang dan kemasan plastik lembut pada pintu.































KX masih mengekalkan keyless entry, push start/stop, lampu automatik (auto headlight), cruise control, penghawa dingin di bahagain penumpang belakang, sensor depan dan belakang dan kamera undur. KX juga menerima lapan inci skrin sentuh sistem baru infotainment dengan navigasi.

Cerato KX masih mengekalkan enjin 1.6 liter Gamma D-CVVT, 130 PS/157 Nm empat silinder dengan enam kelajuan automatik.

Dengan penurunan harga ini, ciri-ciri  keselamatan yang terdapat dalam varian asal telah dikurangkan di dalam varian KX ini. Beg keselamatan udara telah dikurangkan daripada 6 kepada hanya 2.  Ciri keselamatan lain iaitu cengkaman dan kawalan kestabilan juga tidak dipasang di dalam varian KX ini. Walaubagaimanapun ABS, EBD, Brake Assist dan ISOFIX masih dikekalkan.


KX boleh didapati di dalam lima pilihan warna yang sama seperti model asal varian K3 dan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan.
















































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...