Wednesday, 2 July 2014

GREAT WALL HAVAL M4 KOMPAK SUV




















Apabila kita melayari laman web Great Wall Malaysia kita akan dapati model Haval M4 di dalam laman web tersebut salah sebuah model kompak SUV keluaran syarikat ini walaupun belum lagi dilancarkan di Malaysia.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, M4 - berukuran pada 3,961mm panjang, 1,728mm lebar dan 1,617mm tinggi, 2,383mm panjang jarak roda - akan dijual di sini dalam dua varian transmisi iaitu automatik dan manual. Dijana dengan enjin 1.5 liter VVT MPI empat silinder menawarkan 105 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm dan 138 Nm pada 4,200 rpm.

Bagi transmisi manual ianya adalah pacuan dua roda (4 x 2) dengan lima kelajuan. Bagi varian transmisi automatik pula, masih menjadi tanda tanya samaada ianya pacuan empat roda (4 x 4) dengan 6 kelajuan dikekalkan seperti yang dilaporkan sebelum ini. Sekiranya tiada perubahan saat akhir, kemungkinan besar, pacuan dua roda transmisi manual mungkin ditawarkan dengan spesifikasi yang lebih rendah dan transmisi automatik dengan spesifikasi yang lebih tinggi.

Selain daripada itu, maklumat yang didedahkan juga menyatakan Haval M4 akan dilengkapi dengan brek cakera untuk keempat-empat roda dengan rim 16 inci dan siaz tayar 205/60. M4 dipasang di kilang GWM di Gurun, Kedah.

Walaupun harga belaum lagi ditetapkan tetapi khabar angin yang diterima menyatakan M4 berharga di bawah RM50k, dengan 'RM4x, xxx' iaitu tanda harga yang dicadangkan oleh penganalisis ianya mungkin harga bagi versi manual. Untuk maklumat lebih lanjut anda  boleh melayari laman web GWM di www.gwm.my .

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...