Honda Jazz generasi ketiga kini
sedia untuk tempahan di Malaysia, dan pelancaran rasmi akan dibuat pada akhir
bulan ini menurut pengumuman oleh Honda Malaysia.
Semenjak Jazz generasi sebelumnya
dilancarkan sebagai model CKD dengan harga yang lebih rendah, jualan melonjak
daripada purata hanya 650 unit setahun bagi model CBU sehingga 6,770 unit dalam
masa kurang daripada setahun untuk model CKD. Angka ini tidak termasuk model
hibrid CKD.
Honda Jazz baru dijanakan dengan
Enjin SOHC 1.5 liter i-VTEC menghasilkan 120 Kuasa Kuda (PS) pada 6,600 rpm dan
145 Nm tork pada 4,600 rpm. Enjin ini menggunakan pacuan roda depan dengan
kotak gear CVT - enjin dan kotak gear yang sama digunakan oleh Honda City.
Honda
Malaysia telah mengumumkan bahawa varian high spec akan mempunyai enam beg
udara, VSA Stability Control, Emergency Start Stop signal dan Hill Stop Assist
(HSA).
Pelanggan
yang membuat tempahan sekarang sehingga 15 Julai 2014 berpeluang untuk
memenangi perjalanan ke Maldives. Honda Malaysia juga sedia membantu pelanggan
untuk mendapakan pembiayaan dengan kadar faedah serendah 2.53%. Apa tunggu
lagi, tempahlah sekarang!!!
No comments:
Post a Comment