Transformers:
“Age of Extinction”, filem keempat dalam siri filem ini sejak tahun 2007,
Chevrolet Camaro membuat penampilan sekali lagi, mempamerkan keupayaan
rekabentuk GM di hadapan penonton di seluruh dunia. "Sebagai sebahagian
daripada francais Transformers, ini adalah cara terbaik untuk mempamerkan hasil
rekabentuk GM. Siri global ini mendapat sentuhan rekabentuk canggih dari kami
di hadapan lebih ramai pelanggan berpotensi berbanding melalui kaedah
tradisional," kata Ed Welburn, Naib Presiden Rekabentuk Global GM.
Tim Mahoney, Ketua Pegawai Pemasaran
global Chevrolet, menambah: "Dalam semua filem-filem Transformers,
kenderaan Chevrolet adalah wira. Filem ini telah membantu memperkenalkan
lagi kenderaan kami di hadapan penonton yang lebih muda di seluruh dunia.
"Dalam filem pertama Transformers pada tahun 1977, Camaro yang penonton
kenali sebagai Bumblebee telah melalui perubahan yang besar. Kereta berwarna
kuning 1977 merupakan generasi kedua Camaro dilihat agak membosankan, letih,
dan berkarat. Tetapi bagi movie ini, Camaro bertukar kepada Bumblebee
generasi kelima. Tetapi ia adalah pada bulan Julai 2007 iaitu 2 tahun sebelum
kereta sebenar mula dijual, jadi Chevrolet terpaksa membina sebuah kereta
one-off hanya untuk filem ini.
Kereta
ini menggunakan panel badan yang dibuat daripada acuan yang sama yang telah
digunakan untuk Konsep Camaro, iaitu pada litar Autoshow tahun sebelumnya. Ia
telah dipasang dengan menggunakan Casis Holden Monaro untuk menjadikannya mampu
beraksi dalam filem ini. Sebagai bintang utama Transformers, ianya telah membantu
mengukuhkan Camaro generasi kelima sebagai salah satu kereta yang paling
popular di pasaran pada tahun-tahun berikut.
Kedua-dua
filem seterusnya adalah Transformers: “Revenge of the Fallen” (2009) dan
Transformers: “Dark of the Moon” (2011) dan Camaro model lama keluar hanya
beberapa bulan selepas Camaro terkini mulai dijual. Movie ini menayangkan versi
pengeluaran model Camaro yang telah diubahsuai. Camaro kuning berjalur hitam di
bonet, bootlid dan bumper depan. Kereta ini segera dikaitkan dengan siri filem
Transformes dan kanak-kanak di seluruh dunia tahu ia adalah Bumblebee.
Chevrolet juga menghasilkan edisi khas kereta ini untuk dijual kepada orang
ramai.
Dalam filem “Dark of The Moon”
(2011), Bumblebee telah dinaik taraf kepada model SS
dengan warna yang kemas dan halus, berbanding model sebelumnya. Kereta itu
memiliki rim gelap dan skim cat baru termasuk jalur rally yang lebih luas dan
cermin sisi hitam.
Untuk filem terkini yang di
tayangkan di pawagam sekarang, Michael Bay telah meminta pasukan reka bentuk di
GM untuk merekabentuk semula Bumblebee bagi memberikan rekabentuk yang terkini.
Dengan memberi tumpuan khusus agar ia kelihatan lebih agresif dan
muscular, pasukan Design Centre Hollywood Utara telah diamanahkan untuk
melaksanakannya di Paramount Pictures dimana terletaknya pusat reka
bentuk termaju GM. Pasukan itu merekacipta kereta khusus untuk filem ini dengan
rekabentuk yang baru, berkonsepkan kereta masa depan dan moden.
Tetapi hanya sebuah Transformer adalah mustahil untuk beraksi bersendirian, itulah sebabnya pasukan itu juga ditugaskan untuk merekabentuk Allspark Green Tint Corvette dan Sonic Rallycar. Team pembikin filem ini telah menggunakan banyak kemudahan di GM sebagai persiapan untuk filem ini. Penggambaran adegan-adegan filem ini juga kebanyakannya telah dibuat di GM Proving Ground dan di salah satu kilang termoden GM di Michigan.
No comments:
Post a Comment