Honda
Boon Siew Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan model baharu motorsikal Honda
CBR250R buatan Thailand.
Motorsikal ini
dijana dengan enjin 249cc satu silinder dengan kuasa kuda 27hp dan 23.3Nm sama
seperti model sebelumnya. Walaubagaimanapun untuk model baharu ini, ianya telah
dipertingkatkan pada beberapa bahagian, terutamanya penampilan, termasuk
peredam bunyi baharu seperti model CBR500R.
Model buatan Thailand ini boleh didapati di dalam tiga pilihan warna iaitu hitam dan Standard Trico dan ditawarkan pada harga RM19,999.
Sementara itu, bagi pengguna yang meminati warna Repsol pula, ianya dijual pada
harga RM20,499. Pengguna perlu menambah RM3,000 lagi sekiranya ingin memiliki
model yang mempunyai ABS. Semua harga ini adalah tidak termasuk bayaran
insurans dan pendaftaran. Pengguna akan mendapat jaminan selama dua tahun atau
jumlah perbatuan 20,000km.
No comments:
Post a Comment