Sunday, 29 June 2014

FORD RANGER - CIRI KESELAMATAN DIPERTINGKATKAN








Ford melancarkan generasi pertama Pikap Ranger di ASEAN pada tahun 1997. Kini Ranger merupakan Pikap berciri kereta penumpang yang lebih selesa dan bergaya. Ford juga menerajui di dalam aspek ciri-ciri keselamatan bagi kenderaan Pikap. Sebelum ini, pikap lebih dilihat sebagai kenderaan lasak.

Ford mengubah pandangan pelanggan terhadap kenderaan Pikap dengan menawarkan kenderaan Pikap yang lebih selesa dengan ciri-ciri keselamatan seperti yang ditawarkan kereta penumpang sedan. Di Thailand, di mana Pikap merupakan kenderaan utama, langkah itu sangat dihargai dan kerana apa yang Ford lakukan, syarikat-syarikat lain terpaksa meningkatkan ciri keselamatan dalam model kereta Pikap mereka.

Ford terus mengungguli kenderaan Pikap dengan generasi baru Ranger dengan meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan kenderaan Pikap Ranger. Ciri-ciri keselamatan seperti Program Kestabilan Elektronik (ESP), Kawalan Adaptive Muatan (LAC), Hill Descent Control (HDC), Hill Launch Assist (HLA) dan beg udara sisi (dalam sesetengah versi) buat kali pertama dalam Pikap di ASEAN.

Ranger kini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif tambahan. Ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan termasuk Program Kestabilan Elektronik Ford (ESP) bagi semua varian dan ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak bagi model Wildtrak, dan semua varian XLT dan XL.

ESP, yang merupakan perkara biasa dalam kereta penumpang hari ini, ialah satu sistem keselamatan aktif yang membantu untuk meneutralkan pengendalian pemanduan di jalanraya berselekoh dan terutamanya dalam keadaan yang licin. Sensor ESP memantau arah kenderaan 25 kali sesaat dan bersama-sama dengan data dari sensor g-force, komputer boleh menentukan jika kenderaan itu berada di arah jalan yang betul atau tersasar dari jalanraya. Jika ia mendapati roda tersasar, ia akan bertindak balas dengan serta-merta dengan menghantar kuasa brek kepada roda untuk mendorong kuasa anti-reaktif yang akan menstabilkan kenderaan.


Varian Ranger XL kini didatangkan dengan ciri keselamatan ABS. Selain penambahan ISOFIX, Ford juga telah menambah tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk tengah belakang di dalam  varian kenderaan yang tidak mempunyai ciri keselamatan tersebut sebelum ini. Beg udara untuk pemandu dan penumpang - sebelum ini hanya didapati dalam varian XLT dan Wildtrak - kini juga termasuk dalam varian XL Single Cab dan Double Cab. Selain itu, semua varian Ranger kini mempunyai teknologi Ford BeltMinder (ciri sedia ada dalam varian Wildtrak) iaitu sensor peringatan kepada pemandu agar memakai tali pinggang keledar apabila enjin dihidupkan.

Ranger juga telah merekbentuk ciri-ciri perlindungan pejalan kaki. Versi naik taraf varian XL dan XLT kini termasuk reka bentuk bumper hadapan yang menggabungkan bahan-bahan tenaga menyerap, ciri yang sedia ada dalam Wildtrak. Penambahbaikan lain yang telah ditambah bagi varian Ranger XL Single Cab termasuk bumper belakang dan roda aloy 16-inci. Kedua-dua Single Cab dan XL 4 x 2 Double Cab Lo-Rider juga kini dipasang dengan radio dan dua pembesar suara.






"Keselamatan adalah keutamaan kami bagi setiap kenderaan Ford," kata David Westerman, Pengarah Urusan Syarikat Ford Malaysia dan Asia Pacific. "Ranger menggabungkan keselamatan dan keselesaan kereta penumpang dengan kelasakan dan keteguhan sebuah Pikap trak, menggabungkan ciri-ciri keselamatan dan prestasi yang tidak dapat ditandingi di pasaran," "Dengan peningkatan ini, yang terbaik pasti hanya menjadi lebih baik, pemandu Malaysia kini mempunyai lebih banyak sebab untuk memilih Ford, "kata Encik Westerman. Ranger terus menjadi model Ford terlaris di Malaysia dan trak Pikap yang paling popular di negara ini. Dalam 5 bulan pertama 2014, jumlah jualan meningkat sebanyak 39% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...