Monday, 30 June 2014

ENJIN ECOBOOST 1.0L FORD MENANG ENJIN TERBAIK ANTARABANGSA 2014

Ford Fiesta menggunakan enjin Ecoboost 1.0L

















“Enjin EcoBoost 1.0 liter telah dicipta sebagai sebuah enjin bersesaran kecil yang radikal bagi menangani cabaran terbesar dalam dunia automotif – tidak berkompromi dengan aspek kehalusan, prestasi dan penjimatan bahan api yang hebat,” kata Pengurus Kaliberasi Gasolin, Ford Eropah, Andrew Fraser. “Rahsia kepada kejayaan EcoBoost adalah rangkaian teknologi inovatif yang menawarkan manfaat kereta besar daripada sebuah enjin yang kecil.”

• Enjin EcoBoost Ford 1.0 liter telah dinamakan sebagai Enjin Terbaik Antarabangsa 2014 (2014 International Engine of the Year). Enjin ini menang anugerah sama pada tahun 2012 dan 2013. Ini merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut. 
• Enjin EcoBoost 1.0 liter jimat minyak dan berkuasa. Enjin ini yang digunakan dalam model Fiesta dan sembilan model kenderaan di Eropah - turut dinamakan sebagai “Enjin Terbaik Bawah 1.0 Liter” untuk tiga tahun berturut-turut.
• Enjin EcoBoost 1.0 liter mendapat pujian para Juri kerana ia mampu mendahului jenama premium dan supercar yang lain. Enjin ini salah contoh terbaik kejuruteraan rangkaian kuasa.
• Dibandingkan rpm enjin dengan sistem pengecas turbo yang ada pada kereta lumba F1, pengecas turbo Ecoboost mampu berputar hampir dua kali ganda - lebih daripada 4,000 kali sesaat.
 • Ecoboost 1.0 liter yang dihasilkan di Cologne, Jerman; Craiova, Romania dan Chongqing, China, kini digunakan di 72 buah negara di seluruh dunia.
Enjin Ecoboost 1.0L Ford Fiesta 2014








































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...