Wednesday, 11 June 2014

Volkswagen Golf R MK7 New Model 2014


Baru-baru ini Volkswagen Group Malaysia telah memperkenalkan Golf R serba baharu yang juga merupakan generasi ke empat Golf R.
Golf R generasi baharu menggunakan platform Modular Transverse Matrix (MQB) yang telah mengurangkan berat kereta sehingga 46 kg. Golf R kini dilengkapi sistem Stop-Start dan penjanaan semula bateri yang menukar tenaga kinetik untuk mengecas bateri. Selain itu sistem infohiburan ‘Discover Pro’ baharu yang menampilkan skrin sentuh 8 inci TFT dengan fungsi sistem navigasi kawalan suara.

Sistem infohiburan ini turut menawarkan pelbagai sambungan seperti USB, AUX IN dan Bluetooth, selain boleh memainkan pelbagai format muzik seperti MP3, WMA dan AAC menerusi slot SDnya. Aspek keselamatan turut dititikberatkan dengan sistem brek Multi-collision, 7 beg udara, airbags, steering progresif, ABS dengan ESC , sistem anti kecurian, dan sistem pemantauan tekanan tayar. Ruang dalaman Golf R dibina dengan bahan terbaik. Ia dilengkapi roda steering “R” pelbagai fungsi, tempat duduk dengan kemasan Alcantara berlogo “R”, kemasan “R” “Carbon Touch” untuk papan pemuka dan kemasan pintu, konsol tengah warna hitam piano, paparan pelbagai fungsi “Premium” dengan Lap Timer dan panel pintu dan pemijak sisi beriluminasi menjadikan ruang dalaman Golf R seolah-olah sebuah kereta lumba dengan gaya premium.


Spec : 2014 Volkswagen Golf R Mk7
• Harga: RM245, 888 (tiga pintu), RM285, 888 (lima pintu) tanpa insurans
• Enjin: 2.0 liter TSI (turbocharged)
• Penghantaran: Enam-kelajuan DSG dwi-klac automatik
• Kuasa kuda: 280PS @ 5,500 rpm ke 6,200
• Tork: 380Nm @ 1,800 kepada 5,500 rpm
• 0-100km / h: 5.0s
• Kelajuan Maksimum : 250km/h (Terhad)
• Penggunaan bahan api: 6.9-litre/100km


Bahagian luaran Golf R boleh diklasifikasikan sebagai salah satu daripada kereta kompak yang paling sporty di dunia. Dengan rekaan “R” di bumper hadapan, jeriji hadapan, bumper belakang dengan diffuser, lampu hadapan Bi-xenon dengan lampu LED nyalaan siang pastinya ia menepati gelaran tersebut. Tambah mengujakan, Golf R dihiasi rim aloi 18 inci “Cadiz” rekaan terbaru, paip ekzos berkembar dan lampu LED belakang berwarna merah gelap.

Ciri-ciri istimewa model lima pintu + Tech Pack;
• Tempat duduk pemandu berkuasa elektrik boleh laras 12 hala
• 19-inci roda aloi 'Cadiz'
• Kawalan Cruise dengan penghad kelajuan
• Sistem Navigasi Pro dengan lapan inci TFT skrin sentuh, DVD, SD-dua slot kad, USB, Bluetooth, kawalan suara
• Kawalan Chassis Dinamik dengan pilihan profil pemandu
• Fungsi ECO
• Kamera Undur
• Tempat duduk kulit 'Vienna' dengan logo R di backrest
• KESSY: Keyless Locking and Starting System
• Bumbung panoramik boleh laras



Ditawarkan dengan empat pilihan warna yang menarik, Lapiz Blue Metallic, Tornado Red, Pure White dan Deep Black Pearl. Kini Golf R boleh ditempah di semua pengedar Volkswagen Semenanjung Malaysia mulai 6 Jun. Harga bagi Golf R ialah RM245,888, dengan pakej tambahan Tech Pack harganya pula mencecah RM285,888 seunit. Golf R juga didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan lima tahun jaminan mobiliti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...