Akhirnya yang dinanti-nantikan telah tiba!
Masa untuk bakat-bakat muda menyerlahkan kehebatan masing-masing dalam bidang
rekabentuk automotif kini menjadi realiti. Proton hari ini melancarkan
Pertandingan Rekabentuk 2014 bertemakan #PROTONCITYCAR2020! Pertandingan ini
akan bermula pada 24 Jun sehingga 11 Ogos 2014. Warganegara Malaysia berumur
antara 13 hingga 25 tahun adalah layak untuk menyertai pertandingan ini yang
bakal memberi pendedahan kepada belia Malaysia ke dunia rekaan kereta dan
menyediakan platform untuk mereka menunukkan bakat masing-masing.
Pelbagai hadiah yang menarik menanti
pemenang antaranya ialah wang tunai, MacBook yang lengkap dengan perisian
rekabentuk dan peluang untuk menjalani latihan di Pusat Rekaan Kreatif Proton
R&D. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah,
pertandingan ini adalah salah satu cara syarikat untuk berhubung secara kreatif
dengan generasi muda. Beliau menambah, “Kami percaya ada ramai rakyat Malaysia
yang berbakat, jadi kami memberi peluang kepada mereka untuk merekabentuk
kereta. Industri automotif kini sentiasa berubah dan kami mencari rekaan yang
kreatif dan inovatif untuk kereta konsep masa hadapan yang bertemakan
#PROTONCITYCAR2020″.
Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai kad
pengenalan yang sah layak untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan akan
dibahagikan kepada dua kategori: Kategori 1 untuk individu yang berumur antara
13-17 tahun dan Kategori 2, untuk individu yang berumur antara 18-25 tahun.
Penyertaan berkumpulan adalah tidak dibenarkan. Setiap peserta boleh menghantar
lakaran@illustrasi digital rekaan luaran kereta bersaiz A3 termasuk pandangan
hadapan 3/4, pandangan sisi dan pandangan perspektif belakang. Peserta untuk
Kategori 2 juga perlu mereka bentuk bahagian dalam kereta tersebut.
Untuk melayakkan penyertaan mereka, peserta perlu memberi penerangan mengenai rekaan mereka seperti tajuk rekaan, konsep rekaan dan sistem enjinyang dicadangkan (misalnya petrol, diesel, hibrid, elektrik,dan lain-lain) dalam format bersaiz A4. Peserta boleh menghantar maksimum tiga (3) reka bentuk, sama ada melalui surat atau dalam talian di laman Facebook pertandingan ini citycar2020.proton.com. Borang penyertaan untuk pertandingan ini boleh didapati di laman web dan di bilik pameran PROTON terpilih seluruh negara. (Sumber: funtasticko.net).
No comments:
Post a Comment