Edaran Tan Chong Motor Sdn
Bhd (ETCM) melebarkan perniagaannya dengan merasmikan pembukaan Pusat 3S
(Jualan, Servis dan Alat Ganti) pertama di Kuching, Sarawak. Berucap pada
majlis pembukaan, Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen berkata, “Pembukaan
Pusat 3S Kuching yang merupakan Pusat 3S ETCM pertama di Kuching dan terbesar
di Malaysia Timur adalah demi memperluaskan manfaat kepada para pelanggan dan
sebagai bukti syarikat komited untuk menawarkan produk berkualiti, mempunyai
nilai untuk wang dan servis jualan terbaik .
”Dibina di tanah seluas
1.58 ekar dengan bangunan seluas 42,000 kaki persegi ini dilengkap dengan
kemudahan bilik pameran yang mampu memuatkan lapan buah kenderaan, ruang
menunggu pelanggan, ‘coffee bar’, sambungan WiFi serta ruang untuk kanak-kanak.
Selain itu, Pusat 3S Kuching ETCM ini turut memiliki kemudahan bengkel dengan
23 ruang servis yang boleh menyelenggara hingga 130 buah kenderaan sehari. Sehingga
ke hari ini, ETCM memiliki 106 rangkaian bilik pameran dan pusat pengedar serta
59 bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di seluruh negara dan
mensasarkan untuk memiliki 18 pusat 3S di seluruh Malaysia menjelang akhir
tahun 2014. (Sumber : bhauto.my).
No comments:
Post a Comment