Tuesday, 17 June 2014

PERODUA VIVA TURUN HARGA

Perusahaan Otomobil Kedua, Perodua, menurunkan harga Perodua Viva, bukan satu varian, malah kesemua varian Viva, dengan menerima penurunan harga diantara RM3,000 sehingga RM5,000.
Berikut ialah senarai harga baru untuk model Viva (di Semenanjung Malaysia);


·  Viva 660 BX (manual) – RM22,000 (harga lama RM25,000, pengurangan
  RM3,000)
·  Viva 850 (manual) – RM27,900 (harga lama RM33,000, pengurangan
  RM5,3000)
·  Viva S 1.0L (auto) – RM29,900 (harga lama RM35,200, pengurangan
  RM5,300)
·   Viva Elite 1.0L (manual) – RM32,900 (harga lama RM38,200, pengurangan
  RM5,300)
·  Viva Elite 1.0L (auto) – RM36,800 (harga lama RM41,300, pengurangan
  RM4,500)




Harga baru selepas penurunan ini bermula dari semalam di kesemua 181 bilik pameran Perodua seluruh negara. Selain dari menikmati pengurangan harga, pembeli turut layak menerima pakej servis tiga tahun secara percuma yang sekarang ini ditawarkan kepada pembeli-pembeli model Perodua baharu.
Disamping itu, jika anda membeli dari sekarang sehingga 31 Oktober akan menerima rebet tunai sebanyak RM800. (Sumber : arenakereta.com)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...