Isuzu Malaysia telah memperkenalkan
D-Max V-Cross 3.0L pelbagai pilihan varian. V-Cross ini dikuasakan oleh enjin
turbodiesel 3.0 liter 4 silinder yang menjana 177 PS di 3,600 rpm dan 380 Nm
tork diantara 1,800 dan 2,800 rpm. Enjin ini digabungkan dengan samada
transmisi manual lima kelajuan atau automatik lima kelajuan. Jika dibandingkan
dengan D-Max 2.5 liter sebelum ini, peningkatan sebanyak 40 kuasa kuda dan
60Nm. Dengan kesemua varian V-Cross ialah 4×4.
Ciri-ciri standard untuk luaran
antaranya; rim aloi saiz 17 inci dengan saiz tayar 255/65, lampu kabus, cermin
sisi balutan krom yamg boleh dilipat beserta lampu indikator, tangga sisi (side
steps), sensor undur dan rel di bumbung, sistem penghawa dingin auto, wiper
skala boleh ubah, demister belakang serta sensor auto kunci pintu berdasarkan
kelajuan kereta.
Ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan
ialah, dua beg udara, ABS dengan EBD serta BA, ESC, TVS, Isofix, dan penggera
dengan immobiliser. Bagi pilihan paling premium, SAFARI, lebih banyak ciri-ciri
yang ditawarkan. Antaranya, aero spoiler di bahagian kargo belakang, gril
radiator, bamper hadapan yang eksklusif, rim aloi dengan rekaan tersendiri, dan
rel bumbung dengan kemasan warna hitam matte beserta penutup dek belakang yang
dikenali sebagai V-lid.
Dibahagian dalaman, tempat duduk
kemasan kulit Italian dengan jahitan warna oren, sementara dibahagian papan
pemuka terdapat pemain DVD multimedia dengan paparan skrin sentuh bersaiz 6.2
inci, navigasi satelit, juga fungsi kamera undur. Varian ini turut menonjol dengan
pilihan warna eksklusif, Venetian Orange Mica.Isuzu Malaysia dalam
kenyataannya, model Isuzu D-Max V-Cross boleh didapati di kesemua bilik pameran
rasmi Isuzu seluruh negara bermula hujung minggu ini.
Harga bermula dari RM101,344 untuk
varian manual, RM107,460 untuk pilihan automaik, dan juga RM118,486 bagi varian
SAFARI. Pembeli boleh membuat pilihan warna di
antara Cosmic Black Mica (hitam), Garnet Red Mica (merah), Titanium Silver
Metallic (perak), Splash White (putih) dan Venetian Orange Mica (hanya untuk
SAFARI). Pembelian akan dilengkapi dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km. (Sumber : arenakereta.com)
No comments:
Post a Comment