Tuesday, 3 June 2014

NISSAN TEANA MODEL BAHARU 2014



Pengarah Eksekutif Nissan Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Datuk David Chen berkata, syarikat itu yakin dapat meningkatkan jualan kereta sedan Model Teana Baharu 2014 itu memandangkan model sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan tahun lalu. Syarikat mensasarkan jualan sebanyak 500 unit sebulan untuk model baharu ini.  “Sebanyak 1,652 unit Nissan Teana telah dijual tahun lalu.

Tahun ini pula, kita sasarkan jualan yang tinggi kerana sedan terbaharu ini merupakan model utama kami. “Slogan Teana serba baharu iaitu ‘Drive to Greatness’ memberikan prestasi pemanduan, kemewahan dan keselesaan terbaik untuk semua pelanggan kami,” katanya semasa pelancaran Nissan Teana serba baharu di Kuala Lumpur, semalam.
Chen berkata, Nissan Teana serba baharu generasi ketiga itu dijual pada harga antara RM139,800 dan RM169,900. “Kita sudah kurangkan harga sekitar RM2,000 ke RM3,000 untuk rakyat memilikinya, namun kualiti kereta masih terjamin,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan 1 April tahun depan. Pengarah Eksekutif Tan Chong & Sons Motor Assemblies Sdn Bhd Christopher Tan berkata, syarikat itu bersedia menghadapi sistem percukaian baharu itu. “(Tetapi) kami perlukan masa untuk berbincang dengan pihak berkepentingan dan vendor kami kerana pelaksanaan GST ini melibatkan banyak proses berkaitan,” katanya. Nissan Teana serba baharu generasi ketiga dihasilkan dengan penuh teliti termasuk rekaan lebih kemas, inovasi termaju serta berciri mewah selain menawarkan pemanduan luar biasa. (SUMBER : SINAR HARIAN)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...