Wednesday, 25 June 2014

CHEVROLET COLORADO MUSCLE





Kini ramai yang menggunakan trak pikap sebagai kenderaan harian utama. Karektoristik trak pikap suatu masa dahulu lebih menyerupai sebuah lori. Namun ia berubah seiring dengan permintaan dan penghasilan trak pikap. Trak Pikap kini lebih menawarkan keselesaan seperti kereta biasa. Walaupun masih terdapat pengeluar yang sedang berusaha untuk mencipta trak pikap dengan formula yang sempurna, tidak dinafikan ada pengeluar yang sudahpun berjaya menghasilkan jentera yang seimbang dari pelbagai aspek.






Chevrolet Colorado merupakan satu daripada trak pikap yang dibangunkan dengan keseimbangan antara keselesaan dan gaya yang menarik. Faktor kekuatan Colorado terletak pada keupayaan utilitinya untuk disesuaikan dengan gaya hidup yang berbeza. Evolusi Colorado selepas kejayaan generasi pertama Colorado yang dilancarkan pada 2002, Chevrolet menghasilkan generasi keduanya pada 2011. Mula memasuki pasaran Malaysia pada 2012, generasi kedua trak pikap keluaran Chevrolet ini berjaya memukau ramai orang terutama dengan penawaran transmisi automatik 6-kelajuan.























Tahun 2014 menyaksikan sekali lagi kejayaan Chovrolet dengan pelancaran Colorado Muscle dengan kemampuan menghasilan tork puncak sehingga 500Nm. Khalayak mungkin akan mengatakan ia mampu dicapai dengan enjin yang besar tetapi Colorado dapat menghasilkannya dengan hanya dikuasakan enjin berkapasiti 2.8 liter.

Kemampuan ini diperolehi dari suntikan enjin diesel Duramax yang memberikan Colorado lebih kuasa berbanding sebelum ini. Jangkaan terhadap pemanduan yang kasar yang mungkin disebabkan kuasa dan tork besar ini meleset sama sekali. Kuasa pada Colorado Muscle ini disalurkan dengan lancar dan seimbang, terutama ketika dalam mod pacuan 4 roda. Colorado bukan sekadar trak pikap yang penuh kuasa namun ia turut dilengkapi ciri-ciri yang membuatkan pemanduan lancar dan mudah dengan bantuan Hill Assist Start yang dipasang pada Colorado terutama ketika memandu di jalan raya di Malaysia yang sentiasa berdepan kesesakan dan jalan berbukit. Manakala dengan ciri keselamatan Hill Descent Control (HDC), ia menjadikan pemanduan Colorado menjadi lebih mudah ketika memandu di jalan bandar dan di trek lumpur kerana HDC yang dipasang pada trak pikap ini akan mengurangkan kelajuan. Jika memandu menuruni curam, sistem HDC ini akan mengurangkan kelajuan secara automatik walaupun pedal brek tidak ditekan.















Bagi rekaan dalaman Colorado ini, tampil kemas dan premium bersama kombinasi pilihan warna yang berbeza, menjadikan trak pikap ini terasa seperti kereta eksekutif. Peningkatan dalam sistem infotaimen turut menjadi antara kelebihan pada Colorado ini. Sistem hiburan ringkas yang dipasang sebelum ini diganti dengan dua skrin DIN yang disambungkan dengan MyLink bersama sambungan Bluetooh, USB, paparan skrin sentuh dan kawalan suara yang boleh dikawal melalui butang kawalan di stereng. Setiap pembelian Chevrolet Colorado Muscle yang berharga RM108,000 akan disertakan dengan waranti 3-tahun atau 100,000 kilometer yang pastinya bernilai untuk wang anda. (Sumber: bhauto.my).

SPESIFIKASI Chevrolet Colorado Muscle
Enjin: 2.8 liter 4-sebaris Duramax XLDE28
Kuasa maksimum: 193hp @3,600rpm
Tork maksimum: 500Nm @ 2,000rpm
Transmisi: 6-kelajuan dengan 4WD Shift Switch, Variable  Gepmetry Turbo System
Ciri keselamatan: Hill Assist Start (HSA), Hill Descent Control System (HDCS), Traction Control System (TCS), Cornering Brake Control (CBC), ESP ABS, EBD
Harga: RM108,000 (Semenanjung), RM114,049.40 (Sabah)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...