Wednesday, 4 June 2014

Pemilik Kenderaan Diberi Tempoh Untuk Mematuhi VLT

Kuala Lumpur:  Pemilik kenderaan diberi tempoh untuk mematuhi kadar ketelusan cahaya (VLT) cermin kenderaan sebelum Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memburu mereka yang degil dan terus mengekalkan cermin gelap melebihi had. 

Bagaimanapun, tiada tempoh diberikan setakat ini bagi memberi masa kepada pemilik kenderaan memastikan cermin gelap kenderaan mematuhi peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan dalam bulan ini. 


Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, orang ramai perlu dimaklumkan terlebih dahulu perubahan peraturan itu, selain mengelakkan beban bagi menyambut Aidilfitri akhir bulan Julai depan. “JPJ akan memastikan pengguna tahu dan sedar mengenai perubahan kadar VLT dan akan memberi notis mengenai perkara itu sebelum menjalankan operasi. “Operasi boleh dijalankan pada bila-bila masa, tetapi bukan dalam masa terdekat kerana tidak lama lagi orang ramai sibuk dengan Aidilfitri, bagi mengelakkan bebanan ke atas pengguna dari segi kos,” katanya kepada BH semalam. (Sumber : BH)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...