Inilah Global Compact Car @ GCC Proton yang
semakin panas tersebar di beberapa laman web dan media sosial. Pasti ada yang
akan membandingkan model ini dengan foto model hatchback kompak terbaru Perodua
yang bocor tempoh hari. Yang paling ketara di bahagian hadapan terutama di bahagian
bumper.
Bahagian
belakang juga kini telah terdedah dan nampak elemen rekaan Proton EMAS@Lotus
ETHOS masih kuat, cuma dengan perbezaan bentuk lampu yang menegak. Dari
pandangan belakang model ini nampak lebih lebar dan besar daripada model
Savvy. Foto-foto ini berkemungkinan diambil dari makmal ujian kemalangan
MIROS, kerana terdapat pelekat yang tertera perkataan PC3 dan Safety Lab.
Adakah foto bocor ini disengajakan untuk menarik perhatian ramai setelah foto model hatchback
kompak terbaru Perodua tersebar? (Sumber: funtasticko.net)
No comments:
Post a Comment